Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Ibadah korban semarakkan Aidiladha

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Ibadah korban semarakkan Aidiladha.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 Jun. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Ibadah Korban yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan dan Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Pembantu Teknik di Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR, Awang Erwan bin Haji Sawal.

2_Ibadah korban semarakkan Aidiladha.JPG

CERAMAH khas sempena ibadah korban disampaikan oleh Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid.

Majlis diikuti dengan ceramah khas sempena ibadah korban bertajuk “Menteladani Tarbiyah Keluarga Nabi Ibrahim" yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid.

3_Ibadah korban semarakkan Aidiladha.JPG 4_Ibadah korban semarakkan Aidiladha.JPG

TETAMU kehormat menyempurnakan pengagihan daging korban.

Majlis diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada 117 orang penerima terdiri dari kalangan warga kementerian yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Pada tahun ini, sebanyak tiga ekor kerbau telah dikorbankan bagi majlis tersebut.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments